PENGENALAN

Adikarma telah melalui beberapa fasa sebelum diwartakan sebagai pertubuhan rasmi Universiti Sains Malaysia (USM). Terdahulu, Kumpulan Kesenian Adikarma menggunakan jenama Rentak Madini sebagai sebuah kumpulan yang bergerak secara ‘underdog’ berbumbungkan sebuah desasiswa di USM.

            Kini, Adikarma cukup terkenal dalam kalangan rakan siswa dari seluruh pelosok IPTA dan IPTS setelah berjaya mengungguli beberapa pertandingan kebudayaan sejak 2008 lagi.

            Selain menerima jemputan menjayakan persembahan sekitar USM, Adikarma juga berjaya melebarkan sayap apabila turut diundang memeriahkan beberapa upacara gah di luar negara.

            Kombinasi ‘adi’ dan ‘karma’ adalah kesatuan yang membentuk satu interpretasi kumpulan terulung di USM yang memperjuangkan bidang kesenian demi melestarikan tradisi warisan bangsa berlandaskan falsafah pendidikan negara.

            “Seni untuk Warisan” dipilih sebagai landasan untuk memacu pembangunan seni dan budaya selari dengan perubahan zaman untuk merealisasikan hasrat mewariskan pusaka nenek moyang untuk manfaat sejagat.

Adikarma menumpukan aspek tarian tradisional dan kontemporari untuk tujuan pertunjukan, pertandingan serta persembahan pada semua peringkat.

            Dalam pada itu, percambahan seni lakon dan persembahan pentas tidak diabaikan malah dipupuk dan dibajai dalam diri setiap ahli kendatipun masa beralih.

            Salah satu capahan sektor Adikarma adalah bidang pengurusan acara dan publisiti termasuk krew pentas selaras dengan tujuan penerapan kemahiran serba boleh (multitasking) bagi ahli kumpulan yang memfokuskan arena tersebut.

            Berlandaskan visi dan misi utama Adikarma, diharapkan ahli baru dan terdahulunya bakal melestarikan seni dan budaya untuk warisan masa hadapan. Hidup ADIKARMA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan